BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Batalion 11 PGA Kuching rampas barang seludup RM1.01 juta



BAU – Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching menggagalkan cubaan menyeludup di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia berhampiran Kampung Serikin, Bau semalam.

Antara yang dirampas adalah 165 guni pakaian terpakai (bundle), 400 guni dedak makanan haiwan, 2,400 kotak minuman pelbagai jenis dan 115 kotak makanan pelbagai jenis bernilai dianggarkan RM 1.01 juta dalam operasi ‘Op Batas’.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, Superintenden Rosdi Inai berkata, bertindak atas risikan dan maklumat diperolehi, operasi tersebut dijalankan 10 pegawai dan anggota Unit Risik Batalion 11 PGA diketuai ASP Mohd. Mazlan Mohd. Ariff dengan kerjasama dua Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 6.05 petang.

Katanya, sebanyak tiga lori ditahan dan hasil pemeriksaan menemukan barangan berkenaan yang mana tiada sebarang dokumen sah bagi tujuan membawa keluar barang lantas ia melakukan kesalahan di bawah seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

“Kita juga menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 44 tahun sebagai pemandu yang dipercayai diupah bagi membawa barangan itu.

“Hasil maklumat yang diperolehi, barangan ini dipercayai akan diseludup ke negara jiran kerana permintaan dan harga yang tinggi di sana,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kesemua tangkapan dan barang rampasan diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk siasatan lanjut.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada masyarakat setempat supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa khususnya PDRM dalam menangani apa jua perlakuan jenayah khususnya jenayah yang melibatkan rentas sempadan,” ujarnya.

« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID