BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

KMUM Bersolidariti Bersama Nelayan Pulau Pinang

Projek Penang South Reclamation (PSR) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang telah melibatkan tambakan laut di bahagian selatan Pulau Pinang. Namun, projek ini telah menerima bantahan daripada golongan nelayan di kawasan tersebut kerana projek tersebut akan mengganggu ekosistem laut dan alam sekitar sekaligus menjejaskan punca pendapatan para nelayan dan bekalan makanan di Malaysia.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) bersolidariti bersama para nelayan dipinggirkan dan menggesa sekeras-kerasnya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang menilai semula perlaksanaan PSR kerana projek pembangunan ini sangat tidak mesra alam sekitar. Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak patut mengorbankan alam sekitar demi pertumbuhan material tetapi kerajaan seharusnya menghormati alam sekitar sebagai nikmat dan kurniaan yang paling berharga untuk kita di atas muka bumi ini.

KMUM juga menggalakkan semua mahasiswa menyokong dan bersama dengan golongan nelayan yang ditindas ini serta mempertahankan alam sekitar yang tercinta dengan menghadiri Hari Mogok Nelayan pada 4 November 2019 nanti. Sama-sama kita tunjukkan solidariti bersama demi para nelayan dan orang yang peka terhadap isu alam sekitar.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID