BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki Maut, Anak lelaki Selamat

Anak Mangsa Berjaya Diselamatkan Orang Ramai


SIBU - Seorang lelaki maut dipercayai lemas manakala anak lelakinya terselamat selepas kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu, di sini malami tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Asri Rizal bin Rahim, 41, bersama seorang anak lelaki berumur 9 tahun menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic, dikatakan telah terperangkap di dalam kenderaannya. Manakala anak lelakinya berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan telah dihantar ke Hospital Sibu oleh Jentera EMRS Sungai Merah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shairulnizam Wailie, berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Jentera Unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada jam10:44 malam.

Katanya, setiba di lokasi pihaknya mendapati sebuah kereta terhumban ke dalam parit yang berair dalam keadaan terbalik. Mangsa tersepit di bahagian kaki dan pihak bomba menggunakan winch jentera bagi menarik kenderaan ke tepi dan berjaya megeluarkan mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat jam 11:58 malam,”katanya ketika dihubungi.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID