BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga terperangkap kemalangan di Miri



MIRI: Tiga mangsa tersepit dan terperangkap dalam kejadian kemalangan melibatkan kereta Hilux dengan Perodua Kancil di Jalan Pesisiran Miri-Bintulu, Jalan Kampung Terahat KM 37 Miri pagi tadi.

Kereta Hilux dinaiki seorang warga emas manakala kereta Perodua kancil dinaiki lima mangsa.

Pemandu kereta Kancil Ajis Bin Duyong - 45 tahun cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Pemandu Hilux, Lau Siew Woo - 65 tahun tidak mengalami kecederaan


Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue Tools.

Manakala tiga mangsa lain telah dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian sebelum ketibaan pasukan bomba.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Miri menggunakan dua unit ambulans dan jentera EMRS.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID