BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Askar maut terbabas

KOTA SAMARAHAN: Seorang anggota tentera maut dalam kejadian kemalangan di KM5, Jalan Datuk Mohd Musa.

Ahmad Shauqi Ismail berusia 26 tahun bertugas di Kem tentera Muara Tuang maut di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang terbabas malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan lain berhampiran kawasan pusat membeli belah Summer Mall namun gagal mengawal motosikal hingga terbabas.

Katanya, cuaca semasa kejadian dalam keadaan renyai-renyai dan jalan basah.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID