BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

British & Sarawak berkerjasama

KUCHING: Pesuruhjaya Tinggi British Charles Hay mahu syarikat dari Sarawak dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan Britain terutama dalam 
pembangunan sektor pengangkutan.

Menurutnya, pihaknya berminat terhadap cadangan Kerajaan SARawak melaksanakan sistem Autonomous 
Rail Transit (ART) dan penggunaan sumber hidrogen untuk pengangkutan awam di Sarawak.

"Harapan saya agar Sarawak dan Britain dapat bekerjasama dalam merealisasikan projek tersebut atas jaminan syarikat Britain memiliki pengalaman luas di peringkat dunia dalam pembangunan sektor pengangkutan," katanya sempena majlis kunjungan hormat yang dilakukan ke atas Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin di Wisma Baitulmakmur hari ini.
Beliau berkata, Sarawak juga dapat mempelajari konsep bandar pintar yang terdapat di Britain sebagai model terutamanya dalam pengurusan trafik 
bandar yang lebih efisyen. 
Sementara itu, Charles Hay yang mengadakan lawatan pertama beliau ke Sarawak melawat Muzium Brooke di 
Fort Margherita di Kuching untuk belajar tentang keluarga Brooke dan sejarah Sarawak.
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID