BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan mendap undang bahaya

TATAU: Pergerakan tanah mendap di Kilometer 9, Jalan Nanga Merit-Sangan mengundang bahaya kepada lebih 300 kenderaan yang melalui jalan tersebut setiap hari.

Jalan mendap sebelah kanan menghala ke Bintulu runtuh teruk dipercayai akibat hakisan berikutan hujan lebat.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ekoran jalan mendap serta pergerakan tanah tersebt yang berlaku sejak semalam.

Jalan berkenaan memberi manfaat kepada 10,000 penduduk di kawasan Ulu Anap dan Nanga Merit termasuk Pasar Sangan Tatau.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam berkata, laluan terbabit masih selamat untuk dilalui berikutan terdapat lencongan jalan sedia ada dibuka semula sementara menunggu terjejas diperbaiki.

Menurutnya, mendapan serta rekahan tanah itu terjadi ekoran hujan lebat menyebabkan struktur tanah menjadi lembut.

Tinjauan mendapati m,endapan serta rekahan berlaku pada struktur jalan seluas 50 meter masih sama seperti semalam, yang mana turut berlakunya penurunan sekitar 0.3 meter.

Kini, Kontraktok terlibat memasang penanda amaran awas dan tali amaran keselamatan di sepanjang laluan yang berisiko mengalami runtuhan pada bila-bila masa sahaja.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID