BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuching FA sudah ada 'lesen besar'

KUCHING: LEGA. Kuching FA kini mendapatkan kelulusan lesen kebangsaan untuk bersaung dalam Liga Liga Premier musim 2020. 

Lesen kelab bola sepak merupakan syarat penting yang harus dimiliki setiap pasukan yang bertanding dalam Liga malaysia kerana ia melalui prosedur ketat seperti audit dari pelbagai sudut termasuk kewangan, pengurusan dan kemudahan.

Bagi setiap pasukan negeri mahupun berstatus kelab perlu memilik lesen untuk beraksi dalam Liga Premier dan Liga Super.

Ini merupakan tahun pertama Kuching FA menyertai Liga Premier setelah dua musim bersaing dalam Piala FAM (2017 & 2018) dan semusim (2019) dalam Liga M3. 

Kuching FA sebelum ini layak secara merit setelah menundukkan Sarawak FA dengan jaringan 3-1 pada aksi play-off.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuching (KDFA), Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana tekah memberi nasihat serta tunjuk ajar dalam permohonan lesen tersebut.

Katanya, faktor yang dipertimbangkan adalah dokumentasi pengurusan pentadbiran, kewangan, pemasaran, pembangunan bolasepak peringkat umur merupakan perkara-perkara yang telah diamalkan oleh Kuching FA.

Kuching FA kini dalam persediaan mengadakan siri jelajah menentang beberapa pasukan dari Semenanjung.

Bagaimanapun, pasukan yang akan ditentang masih belum diumumkan kerana masih dalam perbincangan.
Kuching FA sudah mengikat beberapa pemain tempatan iaitu bekas pemain PKNS (Liga Super 2019), Tommy Mawat, bekas pemain Sarawak, Paul Sambang serta Afrry Shahrul Afendi dan Andy Nicolas Nipen. 

Beberapa tonggak masih dikekalkan iaitu Joseph Kallang Tie, Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Mohamad Iqbal, Mazwandi Zekeria, Hafis Saperi, Sufizal Ismail serta tenaga import dari Jepun, Yuta Suzuki.

Kini Kuching FA masih memburu tiga pemain import asing untuk melengkapkan pasukan bagi saingan Liga Premier 2020.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID