BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuching sertai siri jelajah Semenanjung

KUCHING FA akan mengadakan siri jelajah menentang beberapa pasukan dari Semenanjung.

Bagaimanapun, pasukan yang akan ditentang masih belum diumumkan kerana masih dalam perbincangan.

Kuching FA sudah mengikat beberapa pemain tempatan iaitu bekas pemain PKNS (Liga Super 2019), Tommy Mawat, bekas pemain Sarawak, Paul Sambang serta Afrry Shahrul Afendi dan Andy Nicolas Nipen. 

Beberapa tonggak masih dikekalkan iaitu Joseph Kallang Tie, Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Mohamad Iqbal, Mazwandi Zekeria, Hafis Saperi, Sufizal Ismail serta tenaga import dari Jepun, Yuta Suzuki.

Kini Kuching FA masih memburu tiga pemain import asing untuk melengkapkan pasukan bagi saingan Liga Premier 2020.
Ini merupakan tahun pertama Kuching FA menyertai Liga Premier setelah dua musim bersaing dalam Piala FAM (2017 & 2018) dan semusim (2019) dalam Liga M3.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pihaknya 
masih dalam proses pembentukan kombinasi dan fokus terhadap memantapkan posisi pertahanan, tengah dan serangan. 

Katanya, pemain menjalani latihan seperti biasa bagi membentuk keserasian dalam pasukan.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID