BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki cedera ketika tangkap pencuri


KUCHING: Seorang penduduk mengalami kecederaan tangan ketika bergelut dengan pencuri di Taman Dahlia, Matang pagi tadi.

Suspek dikatakan bersembunyi dalam rumah yang dipecah masuk sebelum berjaya ditangkap.

Pencuri berkenaan ditangkap oleh penduduk kawasan berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Gita.

Siasatan lanjut sama ada lelaki berkenaan melakukan pecah rumah secara berkumpulan. 

Seorang penduduk berkata, dia dimaklumkan jiran, seorang pencuri bersembunyi di dalam sebuah
rumah sebelum ditangkap.

"Seorang pencuri bersembunyi dalam rumah. Seorang jiran menghubungi rakan lain dan pencuri berjaya di tangkap.. Terima kasih kepada jiran tetangga yang telefon dan alert kmk dan berjaya tangkap pencuri," katanya dalam hantaran whassap.



« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID