BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pesawat MASwings terbabas di Miri

 

MIRI: Pesawat Twin Otter MASwings penerbangan dari Lawas ke Miri dilaporkan terbabas di landasan Lapangan Terbang Miri petang tadi.

Seramai 14 penumpang dalam persawat yang dilaporkan terbabas pada jam 4.20 selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

Tayar pesawat berkenaan terbabas dipermukaan kawasan rumput. 

Punca masih dalam siasatan.‬

MASwings merupakan anak syarikat Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 (bersempena dengan hari ulangtahun penubuhan Sistem Penerbangan Malaysia pada 1972) untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar RAS dari FlyAsianXpress.

MASwings memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan pesawat turboprop atau yang menggunakan kipas yang sedang dikendalikan oleh FAX - tujuh pesawat Fokker F-50 dan lima Twin Otter. 

Untuk rekod pesawat Maswing MH3552 yang berlepas daripada Miri ke Mukah terbabas semasa mendarat di landasan terbang Mukah kira-kira pada pukul 2:10 petang 26 Ogos 2015. 

Pesawat Maswing tersebut jenis DHC-6 Series 400 dengan muatan berkapasiti 19 penumpang tersasar diatas kawasan rumput di sebelah kiri landasan.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID