BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sanggup curi wang untuk beli rokok suami


KUCHING: 'Sayang suami berpada-pada, hingga boleh memakan diri'. 

Demikian apa yang berlaku kepada seorang suri rumah yang sanggup mencuri wang RM20 untuk membeli rokok suami.

Akibatnya, suri rumah tersebut yang tinggal di kawasan Samariang dipenjara tiga bulan gara-gara mencuri wang RM20 dari kakaknya.

Kronologi kes, tertuduh telah datang ke rumah kakaknya untuk mengambil kad pengenalan yang disimpan kakaknya. 
Kakak tertuduh sempat memberi wang RM10 untuk belanja.

Bagaimanapun, mungkin kerana wang tersebut tidak mencukupi, tertuduh mencuri wang RM20 yang diletakkan diatas meja dapur rumah kakaknya.

Tertuduh ditangkap selepas laporan dibuat kakaknya.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID