BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Seludup 1,060 ekor burung Murai Batu bernilai RM855,000

KUCHING: Sindiket seludup 1,060 ekor burung Murai Batu bernilai RM855,000 tumpas.

Burung yang dirampas dipercayai cuba diseludup dan dipasarkan ke nagara jiran ekoran mendapat permintaan tinggi.

Seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun mengaku sebagai pemilik burung tersebut di Tebedu ditahan semasa serbuan semalam.

|Serbuan dilakukan oleh 11 anggota PGA  bersama 8 pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Supritenden Rosdi Inai berkata, semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah pemilikan burung-burung berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Supritenden Rosdi Inai berkata, semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah pemilikan burung-burung berkenaan.

"Sebelum didatangi seorang lelaki berusia 30 tahun yang cuba menutup operasi berkenaan dengan wang tunai sebanyak RM7,000," katanya pada sidang akhbar di bilik mesyuarat PGA Kuching hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan suspek boleh dihukum denda RM10,000 dan dikenakan penjara satu tahun.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID