BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Seniwati Luli Gagat permata Iban warnai filem antarabangsa


Selamat hari jadi ke-83 Seniwati Luli Gagat.

Kita mungkin kenal Saloma, Normadiah, Saadiah dan Sarimah sebagai seniwati negara diera tahun 50 an.

Manakala Sarawak juga turut melahirkan bakat seniman dan seniwati seperti Dollah Sarawak dan anaknya Anita Sarawak serta Dayang Sofia.

Namun jarang diketahui bahawa seorang permata seni dari kaum Iban pernah mewarnai kegemilangan filem Jalan Ampas.

Tertarik dengan tulisan dan kajian Harry Frederick (seorang pengarah muda Sarawak) Seniwati itu ialah Luli Gagat membintangi filem berjudul The Long House pada 1957.


Bakat dan keayuannya dikesan semasa rombongan produksi terkandas semasa pulang dari Belaga akibat perahu panjang mereka karam di Wong Pelagus bersama kelengkapan pengambaran.

Antara yang terselamat ialah pelakon dan pengarah S. Roomai Noor. Mereka menginap di rumah panjang yang didiami Luli.

Apabila pasukan penyelamat tiba keesokan harinya bersama Temenggung Jugah, mereka dijemput untuk melihat upacara melah pinang dari rombongan Nanga Mujong datang meminang kakak Luli.


Waktu itu Luli berpakaian tradisional yang cukup cantik dan keayuannya menawan hati produser Malay Film Production yang dimiliki oleh Shaw Brothers.

Dalam usia 16 tahun Luli ditawarkan watak utama disamping seorang pelakon berbangsa Inggeris dalam filem The Long House.

Filem mengisahkan percintaan gadis iban dengan pemuda Inggeris namun ditentang oleh penduduk kampung terutamanya seorang pemuda rumah panjang yang turut jatuh hati pada gadis Iban tersebut.

Filem Long House ini mendapat tempat untuk tayangan perdana di Singapura dimana Luli turut dijemput menjadi aktres.

Di Singapura, Luli ditemani oleh Seniwati Normadiah dan turut melihat kerja-kerja penggambaran filem Bujang Lapok bersama P. Ramlee dan lain-lain.

Kenangan paling indah dalam hidup Luli ialah bila beliau dijemput oleh Yang Dipertuan Agong pertama untuk menghadiri jamuan diraja di istana negara. Beliau turut dibawa oleh pemaisuri untuk melihat istana negara.


Kini seniwati Luli menetap di Sibu dan sudah berusia 82 tahun. Namun peranannya terhadap perkembangan seni tanahair haruslah diketahui oleh masyarakat Sarawak.

Kita berbangga bahawa satu ketika seorang anak Iban bernama Luli pernah membintangi filem The Long House diperingkat antarabangsa.

Kini legasi beliau dibawa oleh seorang pelakon berdarah Iban bernama Henry Golding.

Mengapa Luli tidak meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan masih menjadi tanda tanya. Namun sumbangannya pada seni adalah sesuatu yang amat dihargai.

Lihatlah gambar-gambar seniwati Luli pada zaman kegemilangan beliau dan kini.

Kredit Gambar : https://www.facebook.com/arri.fred/
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID