BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Simpan rokok di bangunan terbiar


KUCHING: Sindiket penyeludupan menyimpan sebanyak 980,400 (0.98 juta) batang rokok pelbagai jenama dipercayai tidak lulus Kastam dibongkar.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok tidak lulus Kastam bernilai RM82,236 di sebuah bangunan terbiar berdekatan Jalan Penrissen pada Ahad lalu.

Rokok berkenaan dipercayai untuk diedarkan dan dipasarkan ke pasaran tempatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek boleh dikenakan RM500,000 mengikut amaun yang lebih besar atau penjara tidak melebihi lima tahun. 

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam kenyataan berkata, operasi serbuan dijalankan setelah intipan dilakukan oleh pasukan Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching di lokasi kejadian.

Menurutnya, keseluruhan rampasan termasuk cukai adalah sebanyak RM655,887.60.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID