BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sorok ganja dalam pembersih hampagas

SIBU: Taktik licik penganggur menyorok ganja seberat 508.68 gram ke dalam mesin pembersih hampagas terbongkar.

Hasil pemeriksaan semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Ulu Sungai Merah menemuo ketulan mampat dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja.

Dadah tersebut yang disembunyikan dalam pembersih hampagas diletak di tepi pintu ruang tetamu.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang diketuai oleh Inspektor Tengku Mohd Faizal Tengku Yeng.

Penganggur berusia 37 tahun itu mempunyai rekod lampau yang disiasat di bawah Seksyen 39a(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 (lima kali), Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (empat kali) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan (satu kali). 

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit bercakap dalam sidang media berkata, suspek yang ditangkap positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dijalankan.

Menurutya, suspek kini direman selama enam hari untuk membantu siasatan.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID