BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

'Terbang' dari motosikal

MUKAH: Mangsa sempat melompat dari motosikal yang ditunggang sebelum dilanggar sebuah van. 

Lebih parah motosikal mangsa diseret 12 meter dari tempat kejadian.


Menurut sumber, mangsa Nur Alina Abdullah, nyaris maut setelah motosikal beliau dilanggar dalam kejadian kemalangan di simpang empat Jalan Wawasan semalam.

Bagaimanapun mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu van tidak mengalami kecederaan.

Van datang dari arah jalan utama Jalan Oya/Mukah/Balingian sebelum memasuki simpang empat Jalan Wawasan. 

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.40 petang itu masih dalam siasatan polis.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID