BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Hangus

KUCHING: Ketika keluarga lain enak dibuai mimpi, sebuah keluarga dikejutkan dengan mimpi ngeri dalam kejadian kebakaran di Jalan Temenggong Haji Gobel, Petrajaya awal pagi tadi.

Ketika kejadian rumah dua tingkat jenis separuh kekal dihuni empat lelaki, tiga wanita serta dua kanak-kanak yang sedang tidur.


Bagaimanapun, kesemua mangsa terselamat berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai BBP Petra Jaya PPgB Azaharul berkata, setibanya pasukan di tempat kejadian, rumah dua tingkat tersebut sedang terbakar 80 peratus. 

”Pasukan bomba terus membentang dua aliran hos dan satu aliran saluran bantu mula, air daripada tangki jentera yang disambung ke pili bomba berdekatan untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.

”Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2:13 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3:09 pagi,” katanya dalam kenyataan.

« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID