BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas langgar warga emas




SIBU: Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan di Jalan Teng Chin Hua petang tadi.

Chew Tiam Hock, 80 tahun disahkan maut dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.05 petang.

Mangsa dilanggar seorang warga emas berusia 65 tahun dari arah arah pusat bandar ke Kampung  Bahagia Jaya Teku.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata pemandu gagal mengelak mangsa yang melintas jalan menyebabkan berlaku pelanggaran.

"Akibat kejadian mangsa (pejalan kaki)  mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan dari Hospital Sibu," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID