BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas sambut Gongxi dalam penjara ramas dada budak


KUCHING: Ketika masyarakat Tionghua yang lain meraikan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, seorang tukang cat terpaksa menyambut di dalam penjara.

Ini gara-gara dijatuhkan hukuman penjara empat tahun kerana mencabul seorang kanak-kanak bawah umur di sebuah rumah di Kenyalang Park pada 27 Disember lalu.

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen  semalam kerana mengaku bersalah di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kronologi kes tertuduh berusia 63 tahun mendera fizikal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dengan memeluk dan mencium serta meramas bahagian dada mangsa menggunakan tangan tanpa melakukan hubungan seksual.

Ibu mangsa melaporkan kepada polis selepas dimaklumkan anaknya berhubung kejadiuan tersebut.

Dimaklumkan mangsa dipeluk dan dicium serta diramas bahagian dada warga emas yang diupah untuk mengecat rumah keluarga mangsa.
« PREV
NEXT »

No comments

Facebook Comments APPID